Sunday 11 May 2014

Matrikulasi is my Choice

Assalamualaikum, yeahh! selesai sudah program matrikulasi selama setahun, Alhamdulillah, sekarang hanya menunggu result PSPM2, berdebar-debar rasanya hati hanya Allah yang tahu.Paper kimia paling ditakuti dek kerana chapter organic x mampu nak kuasai. Hanya kpd Allah tempat aku merintih selepas selesai paper kimia haritu, namun, menangis air mata darah sekalipun, xmampu nak jawab balik, jadi, redha dan tawakal. Ya Allah lembutkanlah hati pemeriksa kertas aku. Actually, saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai pelajar matrikulasi especially buat adik-aik lepasan spm yang takot sgt dgn matrik. Mari kita lapangkan dada, berfikiran terbuka and think positif!. hehe,, dah lepas mmg buleh ckp cmni, dlu sy sama jer ngn adik2.hikhik. Sebelum tu, ingin sy kongsi disini bahawa matrik actually not in my choice at all before this. Disebabkan result SPM yang tak berapa gempak, habis smua angan2 nak study oversea terkubur. But, i have a choice, which is Mesir. I got medic and dentist in Mesir. Tp byk benda yg perlu difikirkan semasa mmbuat keputusan. I still remember and it is fresh in my mind, esok tu adalah hari pendaftaran matrik, dan saya masih tidak buat apa2 keputusan, tp umi n ayah xputus2 memujuk, merayu supaya saya segera berbuat keputusan dek kerana hari pendaftaran matrik pd keesokan harinya, sedangkan apa2 preparation pun belum buat, apa2 borang un belum isi. Setelah penat umi ayah pujuk, merayu, akhirnya sy dpt buat keputusan ptg Ahad tu, dan dgn segera sy print smua borang2 utk diisi, kesian sgt kt umi masa tu, mmg sibuk sgt, lepas asar, kami terus keluar utk beli barang, malam pkul 11 baru balik, tp dekat RM400 gak laa shopping barang, huh! kesiannya kat umi, hanya Allah yg taw betapa diri ini diselebungi rasa bersalah. Menangis smpai kering air mata dh aiyhh. huhu,, xpe la, let by gone be by gone. Malam tu umi sibuk mngisi borg bagai, dan yg paling best wang pos and akaun bsn un x buka lagi, esok dh nak daftar woii! ulang suara! esook dh nak dftar! bkn mgu dpan!, namun praancangan Allah sgt hebat. Masa yg diperuntukkan mmg cukup2 seelok lepas sy mmbuat keputusan. yeah! apa lagi, esok tu keluar awal la, awal mna pun tetap kul 10 la, sbb bank buka kul 10. lepas dh buka akaun, beli wang pos, p cop bagai kt skolah umi, maka bermulalah perjalanan saya ke KOLEJ MATRIKULASI PERAK. Dari penang nk ke sana cuma 2 jam lebih. Nak dijadikan cerita, otw atas highway, tayar kereta ayah meletup, melelong kereta, ya Allah terkejutya ak masa tu, dgn lori minyak yg sgt besar sebelah, Alhamdulillah, Allah selamatkan. Lagi tambah2 bersalah laaa rasa hati ini, mmg rasa nak nges time tu jugak, kereta tersadai tepi jalan mmg sgt sedih, first time! tgu PLUS mai, lama sgt, sy dok ketaq sbb pendaftaran tutup kul 4, tp klu lambat xkan dpa nak halau kan,xpe la, pendekkan cerita, dh smpai KMPK,..... Sampai2, bilik pulak xdk, u know what i feel?? hmm,, sedih sgt mengenangkan naseb ini, tp kembalilah kita kpd Allah, perancangan Allah lebih hebat, Subhanallah, Allahhuakbar, Alhamdulillah,,, Oleh itu, sy ditempatkan di bilik sakit. HEP janji kpd parents2 kami yg kena dok bilik sakit, rumah tetamu, rumah felo smua tu, bahawasanya esok kami dpt bilik dah, tp smua tu dusta! seminggu km dok situ, sbb kemasukan pelajar kali ni sgt ramai, yg xdpt bilik tu ramai gilerr arh,, huhu,,  KMPK mmg best! lawa sgt! first time masuk, eh, ni tmpat study ka? dh la berbukit bukau,mcm kawasan peranginan jer,, sy dpt modul 1, tapi, sy tukar modul 3, alarh adik2, sama ja modul 1, 2, 3, lagi rugi klu modul 1, nk tahu apa yg ruginya? masuk matrik, dh nk isi UPU nt baru anda akan sedar, hehe, ikotlah, nk mbek modul 1 un xpe, tp sy lebih tumpukan kpd carrier yg nak ceburi nt, jd sy buang fzik, mbek modul 3,  Cara belajar di matrik sebenarnya xdk laa laju spserti yg digambarkan sesetengah pihak, Allah, belajar apa yg snang, nak sng xyah la belajar, Hendak sribu daya, xnak........... think positif. Cara belajar dy efektif, sbb mula2 kita dengar kuliah, then masuk tutor, so, kita akan lebih paham masa dlm tutor, tipu la klu xdk masa, byk sgt masa yg terluang sy rasa spanjang sy dok matrik, huhu, sy  terpilih untuk mewakil matrik perak dlm acara olahraga peringkat kebangsaan, lawan antara matrik lain, lebih dikenali sebagai KAKOM, tahun ni buat kat matrik JOHOR, yeayy, mengembara lah kita yer, hihihi, padahal time tu dh nk dekat exam sem1, huwaaa! mula xmaw masuk, tp desakan sahabat2, terpaksalah masuk jugak, huhu,, tp seriusly BEST! haha, yg paling best dpt smua sponsored! jersi smpai 3 helai, sweater, seluar, topi, beg, kasut, gila! pendek kata smua sponsored lah, yg dlm jer sndiri, hehe, walaupun p johor, hati dok fikir nak exam,,, takot sgt, huhu,,dh la tgal kelas brpa hari time tu, tp kena cover balik ar, actually, sy ni pemalas skit, nk jumpa lect kt cubical tu lagi la malas, hampeh! time study week je pergi, hihi, sy lebih kpd study sndiri, dan byk main, seriusly talk! x study sgt pun, dan sy bukanlah jenis sek2 pandai tuu,, klu dok, dh lama dh fly! spm dpt skit je dik oii,, unexpected! menangis smggu xkeluar rumah frust dgn result spm, huhu, oke, sambung, lepas abeh exam sem 1 (PSPM1), cuti 2 mggu, then, masuk sem 2  , lepas 3 mgu keluar laa result! hari keluar result tu, berdebar2 jantung, takot ulang apa yg jd spm dlu, unexpected result! ayah pun dok risau laa, brpa byk msg ayah hantaq, jgn frust, redha, dan macam2 sebagai pendorong, dr pagi masuk kelas rasa ketaq seluruh badan, pagi tu ada kuliah math dgn sc comp, time kuliah math, PN, FADH(my favourite lect) dok perangat la kami bagi tambah ketaq, ceit! tp lecturer2 dh taw result kami, pastu PN FADH kata dy rasa x sabaq nak gtw,sepatutnya kami kena mbek result petang tu, Pn. Fadh kata dy nak gtw jugak pagi tu! ya Allah! hati aku menjerit please jangan PN, Fadh! then, dy gtw jugak, dy kata 4 flat ad 6 org dlm kuliah tu! tersentap ak! ak terus tersandar dan rasa musnah dah harapan, mmg xlaa nk dpt  4 flat, bayangkan drpd 300 org dlm lecture tu, pastu pn fadh tya nk sebut nama dak,, ak rasa, ak paling kuat jerit xnak! ak rasa down dh time tu, tp pn fadh x boleh tahan, dy kata dy geram, dy rasa nak gtw jugak! dy kata sbb sy rasa yg dpt 4 flat ni mmg layak ,, oleh yg demikian, dy sebut lah nama sorg2, luruh jantungku bila dy sebut namaku, ya Allah!! Alhamdulillah yg mampu kuucapkan, dgn darah gemuruh, ketaq nak mampoih! tp sek2 yg dpt 4 flat tu smua budak famous, yg mmg dikenali dlm lecture hall, sbb dpa pandai, so, bila mai kat nama ak, smua tertanya2 spa, xpelaa, xtw pun xpe! ak malu kot! hm, tp ak xinform lagi umi ayah, lepas dpt slip ptg tu baru ak inform, telefon umi smpai nges2 ak, betapa beryukurnya umi ngn ayah time tu, lepas tu, dua2 antaq msg ucap tahniah sbb ak dh buktikan ak boleh, dan tebus balik spm dlu, huhu, ALHAMDULILLAH, sekarang tggal tgu result PSPM2, ketaq doe, doakan sy mndpata keputusan yg cemerlang, xdpt 4 flat un xpe, redha jer, Allah dh bagi sem1 tu cukup bersyukur laa,, tp at least 3 keatas laa, huhu,, xmaw laa 2 lebih, menangis jgak klu dpt 2 lebih, huhu,, actually, panjang lagi nk bercerita, tp penat menaip, so, sy bukakan kpd soalan lah, klu ada ape2, sila tinggalkan soalan di bawah ni, insyaAllah akan komen dgn sgera, tya laa nak tya apa pun, tp klu tya tips tu, Allah, xtw laa, sbb sy biasa2 jer,, hmm, xpe, tya la ap pun, sy akan cuba jawab, insyAllah, assalamualaikum, ,,

Tuesday 20 August 2013

BIsmillah,, :))

Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa

Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta

Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur

Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah

Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam

Dengan kurnia..
banyakkan syukur

Dengan bala..
janganlah kufur

Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa 

Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas

Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan

kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..

Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali

Saturday 12 November 2011

BiLa RaSa LEMah menjeLMA!!!~


Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!
Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.
Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.
Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat
Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!

Monday 29 August 2011

ShA-HINata~~-syg KAmu!

assalam,, this post is exsklusif 4 norshahira bt ismail!!,, sahabat ak dunia akhirat,,insyaAllah,,dy ni budak pndai,,ak syg sgt kt dy,,kmi mula rpat tyme f2,,coz ak klas ngn dy 2AR!! terbaik,,,! huhu,,ak suka kwn ngn dy,,ak ska stdy ngn dy,,tyme f3 biase2 aje,,sbb kami klas lain,,tp slalu jgak tgor!naik f4 ak dorm ngn dy!! iaitu SK POWER!! huhuh,,,ak syg dorm nih!,,dlm dorm bru ak tw cmne org pndai stdy,,rupanya,,,mmg ssh! prlukan pgorbanan! brssh2 dhulu brsng2 kmdian,,,dy x pnah lekat kt dom,,klu ad pun slalu bz,, byk sgt bnd yg nk dbuat! even xde keja skolah,,dy sntiasa mnyibokkan dri,,tp,,ak ttp rsa rapat dgn dy,,,wupun taraf kami sgt brbeza! dy klas IK!,,,huhu,,,so,, ak target ton ni nk jd cm dy la,,,stdy hard n smart! ak n memah mnjang rilex ja,,,ats sofa hijau 2!,,stiap kali dy msok dom dgn kalut2 mst dy tgoq kami "mpa mnjg rilex ja,,xde homwek ka" hahah,,actually byk gilerr,,,kmi yg rilex trlbh,,hehe,,biasa larr,,,wt last2 minute,,huhu,,hurm,,,target ak nk jd cm dy trus luntur apabila dy mnerima twran utk ke KISAS!,,huh! luruh trus sgala angan2 ak!,,sdeyh kot,,dy dh tggalkan kmi sume,,bru je nk mrptkan ukhuwah kmi!,,,tp nk wt cne dy dtkdirkan di sna,,! mgkin itu yg trbaik wt drinya,,tp,,smnjak dy kluaq dr dom 2uh,,,ak ngn memah slalu egt dy stiap kali dok ats sofa 2,,,"rilex",,huhu,,,rindu gilerr,,kmi smkin rilex sbb xde spe nk tgor kami,,,smpai skrang bley dktakan smua omwek xpnah siap!,,huhu,,klu ada dy bley wt skli ngn dy, bey tya dy,,huhuh,,,SHA!! kami mrindui kamuu,,,,,hya Allah YG Twu BTaPA besarnya KESAN  kamu mnggalkan kmi,,tp,,kmi ttp mndoakan yg trbaik utk kamu!! syg SHA!,,, don't ever 4get me,,ak tw ag kt sna mst lg sibok kn,,,huhu,,smoga ag tabah hdpi sgala bntuk cbran dsana,,ak bersykur dpt mngnali drimu,,,,


syg kamoo!!~<3

Friday 26 August 2011

MaaFkan aQ~!

SORI3!!!,,,just dat word dpt ak lafazkan,,,maafkan ak, teman,,aq tw ak byk slh ngn ag,,tp ak xdpt trima knyataan ag yg p......... xbleh,kawan!! ak sdeyh sgt!utk pgthuan ag ak mmg xdpt thn air mata ak stiap kali ckp ttg ag! mmg ak xsgka,,harapkan pagar pagar makan padi! tp dh lama ak pkiaq xkan ak nk runtuhkan prshabtan kita yg dh lma kita bina,,,x sggup ak! ak syg sgt kt ag,,ak prcya ag!ak type ni un smbil  nges,,,x bley trhn bla pkiaq blk,,xdak guna klu ak marah ag lama2,,,gpown ak dh maafkan ag! mgkin Allah dh bka pintu ati ak,,, ak try think positif! ak tw ag wt sume 2 utk ubah ak,,tp ada lagi cara lain,,bkn dgn cara 2....sakit ati tw ark!,,ak tw ag xsdih un klu hilang kwn cm ak nih,,tp ak......xsggup,,ak mmg xsgguip! xmgkn ak akn hlang ag!! kita dh lama brkwn,,,ag kwn ak yg msh stia brsma ak sjak........tlg la,,,lps nih klu da pa2 yg ag xpuas ati trus trang ajerr,,ak x marah larr,,drpd ag p crita kt org len,,,sori 2 say ak tw ag dh CIBAI ak,,,! wlupun niat ag nk mnyedarkan ak,,tp byk g cara len weyh,,knp prlu mcm 2? huh! sdh2!!~ ak dh bley tima,,ak un maleh nk igt sal mslh 2,,,so, fren forever together,,ak nk kita sume rapat blk cm dlu,,,sdeyh larr,,,xkan ag xksian kt mta ak,smpai stiap ari mgeluarkan air bla pk sal ag,,sbnaqnya bla tgk mka ag un ak rsa nk nges,,sori na kwn! ps ni tlg BERTERUS TERANG! ,,,ak syg ag sgt2! ak rindu ag!!! :( hya TUHAN yg thu btapa ak sdeyh bla ada jurang antara kita,,plizz! lps ni kita kna saling memahami!!!








Saturday 20 August 2011

cinta kepadA AllAH!!~

Cinta buta, cinta mati, cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para remaja masa kini. Cinta memang wujud, tidak benar andai seseorang itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri.
Tetapi, cuma satu sahaja manusia sering lupa. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang .
Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selam-lamanya.
http://www.iluvislam.com/pic/jalan-lurus-copy.jpg

Saturday 23 July 2011

Bukan Hanya Lafaz Bicara

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)
Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman.  Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta.  Lihat sahaja paparan di media pada hari ini,  tataplah berita di kaca televisyen dan internet,  bacalah berita di akhbar dan majalah.
Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja?  Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban.  Hanya kerana cinta,  manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya.  Bukankah sejak di awal usia,  kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya?
Barang siapa yang cintakan sesuatu,  maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu,  maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya,  dan memikirkannya (Ibnu Ata'illah – Kitab Al-Hikam )
Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia.  Tetapi salah manusia yang tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir.  Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah,  cinta kita kepada Rasul,  cinta kita kepada Islam, dan cinta kita kepada ibu bapa?
Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan.  Percayalah, setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU.  Ya Allah,  jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripadaMu.Tuntunlah hati ini untuk mengenali cintaMu,  mendahulukan cintaMu,  dan tidak menduakan cintaMu.
Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa  cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.
Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah,  adalah cinta yang agung dan suci.  Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran,  ujian iman,  dan ketaqwaan.  Cintailah Allah,  dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.
Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)